Notis Penutupan Perkhidmatan Bas Panorama Melaka Buat Sementara

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua

Adalah dimaklumkan operasi bas Panorama Melaka akan diberhentikan buat sementara waktu bermula dari 4 OGOS 2021 (RABU) sehingga 8 OGOS 2021 dan akan beroperasi seperti biasa pada 9 OGOS 2021.

Ini bagi memberi ruang untuk program sanitasi bas-bas demi keselamatan kesihatan semua penumpang.

Diharapkan pengguna bas Panorama dapat merancang perjalanan anda dengan mengunakan alternatif pengangkutan lain. Semoga kita semua dijauhi wabak ini dan sentiasa mematuhi SOP untuk kebaikan bersama .