Latest News

Penutupan Jalan

Assalamu’alaikum dan Salam Jumaat. PERHATIAN kepada semua penumpang bas Panorama Melaka ,Untuk makluman laluan ke Terminal Muar akan di tutup buat sementara waktu dari jam 12.00 tengahari bermula pada 19 April 2019 sehingga 21 April 2019. Walaubagaimana pun, pemandu bas akan menurunkan penumpang di kawasan Kilang ST. Kami memohon maaf di atas kesulitan ini .

Instagram Panorama Melaka

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.Untuk makluman semua, pihak Panorama Melaka mempunyai saluran yang lain bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan bas Panorama Melaka dari semasa ke semasa .Selain itu juga,  kewujudan Instagram ini adalah untuk menerima segala cadangan dan pandangan dari semua tidak kira dari sisi positif atau negetif supaya pihak kami dapat memperbaiki lagi perkhidmatan bas Panorama Melaka . So apa lagi?

Cendol Kampung Hulu

Assalamu’alaikum dan Selamat Pagi. Mesti seronok 3 hari cuti minggu nie kan ?? Mesti lemau nak masuk kerja kan? Tambah dengan kesesakkan lalu lintas pagi tadi. Fuhh berpeluh jugak la kan?? So ada sesiapa nak share pengalaman percutian dengan min tak??

Kawasan Pelancongan di Melaka menjadi laluan bas Panorama Melaka

Assalamu’alaikum dan Selamat Tengahari Semua, Cuti- cuti ni mesti tak tahu nak buat apa kan? . Apa kata jalan jalan dekat Banda hilir? nak pergi dengan apa? Mestilah dengan Bas Panorama . Hari biasa ni bolehlah kita menikmati pandangan dan kunjung tempat2 yang berada di sekitar bangunan merah ni . Tak tahu nak naik bas apa? Bas nombor 17 adalah bas kami yang menuju ke Bandar ya . Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi hotline kami seperti yang tertera di laman sesawang kami.

Peraturan ringkas semasa menaiki bas Panorama Melaka .

Assalamua’alaikum dan Salam Sejahtera Semua . Kami ingin berkongsi peraturan ringkas bagi penumpang yang menaiki bas Panorama . Peraturan ini adalah untuk memastikan kelancaran antara dua pihak . Sebarang maklum balas dan aduan boleh terus email atau hubungi hotline kami 06-2826466

Double Decker

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Perhatian semua, perkhidmatan bas Double Decker atau bas 2 tingkat ini tidak lagi beroperasi atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan . Walaubagaimanapun, kami masih menyediakan perkhidmatan bas kami ke pusat kunjungan utama iaitu Bandar Hilir dan kawasan-kawasan berdekatannya . Anda boleh dapatkan bas 17 di platform 17 daripada Melaka Sentral . Untuk sebarang maklumat dan laluan bas boleh segera hubungi di hotline Panorama Melaka

Pages